• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Cinta itu jodoh kah sebelum kahwin ?

    30.1.14
    Assalamualaikum..

    Hari ni G nak kongsi sikit la tentang apa itu cinta. Bukan memandai G nak cakap tapi semua ni Allah swt yg menggerakkan hati G utk berkongsi.

    Bismillahirrahmanirrahim :)

    Sy pernah couple means ada BOYFIE ..tapi sy tak mengharap pon lelaki yang couple dengan sy ni akan jadi imam sy pada masa akan datang setakat berangan ada tapi bila berfikiran jauh sy akan fikir balik betulkah dia akan jadi suami sy nanti ?

    Memang masa sekarang kita bahagia diulit kenangan2 indah bersama yang tersayang tapi sebenarnya cinta itu lahir selepas perkahwinan kerana Allah swt telah menetapkan siapa jodoh kita. Kita ni sebagai Hamba Nya cuma perlu sabar sikit ja untuk tempuhi hidup selama 24 tahun , 23 tahun, 22 tahun atau yang kahwin muda 16 ka 17 ka atau 30 ka..sat ja kan untuk kita cari rezeki nak bagi kt mak ayah tak sampai pon umur 40 tahun haaa. Ada jodoh tu kahwin jugak ha.

    Sebenarnya Boyfriend awak2 sekarang tu KAWAN BAIK awak ja. Dia yang dengar kesedihan awak, dia yang awak mengadu , berkongsi cerita, bergelak2 . Sama ja kan kalau awak dengan kawan2 baik awak yang lain ? lainnya dia tu lelaki yang awk nak hidup bersama selama2nya..

    Tapi kalau ada perselisihan ?? hurmm yang ni payah. Baik awk2 tinggal jela laki tu. haahha. Bukan maksud nak mengahasut jadi playgirl tau tapi bila laki tu nak couple awk cakap la yg awk ok ja tapi takmau couple macam orang sekarang , awk nak dia jadi kawan baik awk selama2nya. Awak kn perempuan , kesian tau suami awak nanti sebab cinta untuk dia pernah jadi milik orang lain. Cuba bayangkan suami awak nanti cintakan orang lain ? Frust kan sayang2 ku sekalian. hehehe

    Bila ada perselisihan pendapat tak da la menyesal sangat kn sebab awak tak bagi sepenuh nya pengharapan dan cinta awak untuk si dia.Ini bukan kejam tapi langkah berhati2. Lelaki pon boleh buat macam ni untuk kita. Bila depa jumpa perempuan lagi perfect dr kita nanti jangan menyesal ya kalau depa leave u alone . If awk degil sangat nak go on dengan lelaki yang suka ikut cakap sendiri ni, up to you..Bila dah kahwin perangai berubah lagi teruk awak jangan menangis sebab awak yg pilih jalan itu.

    Sy paham cinta itu datang sendiri tapi kalau awk yakin dia yang terbaik untuk awak dunia akhirat , awak ckp dekat dia , nanti pada tarikh sekian2 jumpa mak ayah awak minta restu untuk berkawan. Ini bukan nak tunjuk baik ya tapi Doa mak ayah yang selalu mengiringi kehidupan kita.  Awak juga kena tahu batas dalam pergaulan ? ! Tak mudah yang disangka kerana Syaitan yang direjam itu sentiasa berkepit dengan kita untuk berbuat jahat. Salah langkah nanti kita yang terjerat sayang oiii..

    Ini ja kot nak share tapi macam ada lagi cuma idea tak sampai. hehe.
    Kalau apa yang sy rasa ni awak rasa tak betul dan serabut kan kepala awak tu , awak tak payah la jadik kn artikel sy ni isu pulak ? awak boleh buat tak tahu, dan awak ikut ja kata hati awak asalkan awak bahagia dan ikut syariat islam. Inshaa Allah. :)

    Salamualaik ^^