• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • SMILE..

    28.11.11
    Masa mematangkan kita.. Dalam masa setahun..dalam jarak perpisahan kita ni..banyak benda yang berlaku dan masing-masing ada cerita masing-masing.. 

    Belajarlah..kerana kita tak sempurna dalam sekali percubaan.. 

    SMILE.. THE WHOLE NEW WORLD IS ABOUT TO START.. :) 

    perjanjian 2 eqlaz :)

    7.11.11
    Kelas 2 Ikhlas,
    Sek.Men.Al-ISlah,
    Lot 292.Pokok Asam,
    Jalan Pinang Tunggal,
    08000 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman.
    …………………………………………………………………
    Kelas 2 Ikhlas,
    Sek.Men.Al-Islah,
    Lot 292.Pokok Asam,
    Jalan Pinang Tunggal,
    08000 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman.                                                                                                        19 NOVEMBER 2009.

    Anta/anti,

    Surat Perjanjian Perjumpaan Semula Selepas 10 Tahun Kelas 2 Ikhlas (2009).

    2. Merujuk kepada perkara diatas,saya dengan sukacitanya ingin memberitahu bahawa kelas ini akan mengadakan alumnai selepas 10 tahun.Ini bermaksud kita akan mengadakan perjumpaan semula dengan semua ahli-ahli kelas 2 Ikhlas(2009) pada tahun 2018.
    3. Oleh kerana kelas ini mempunyai seramai 30 orang ahli,maka diharapkan agar kasemua ahli dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memastikan hubungan silaturrahim antara kita semua tidak terputus.Malahan ada yang diantara kita berkemungkinan besar akan berpindah pada tahun hadapan.
    4. Mengikut perancangan yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:

    Tarikh: 19 NOVEMBER 2018
    Hari: ISNIN
    Tempat: KELAS 2 IKHLAS (TAPAK)

    5. Memanglah kita semua tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang.Tetapi semoga dengan izin-Nya,InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada hari yang dijanjikan.Kami amatlah mengharapkan kedatangan anda pada hari tersebut.
    Sekian,terima kasih.

    Tanda Tangan Guru,                                                                           
    …………………………………..              
    (Muallim Baihaqi)
    Selaku guru kelas 2 Ikhlas 2009.

    Tanda Tangan Murid,
    ……………………………………..
    (                                  )

    H.A.T.I

    hati bagaikan mop dengan lantai.kalau dah lama sangat tak mop lantai,memang berabuk hitam lah lantai tu nanti.melekit-lekit.berminyak-minyak.kotor.macam tu lah hati, kalau dah lama tak muhasabah,dah lama tak berubat.Salah siapa?Tuan empunya badan.

    hati bagaikan buku saikologi dengan pembaca.lagi dalam si pembaca cuba memahami,lagi berserabut kepala.
    Untuk memahami konteks ambil masa,macam itulah nak faham hati manusia.Jangan mudah menembak sini-sana.

    Hati bagaikan kamera dengan model.Nampak gembira dalam gambar,tetapi realitinya macam-macam perasaan boleh jadi.Macam-macam tafsiran orang boleh buat,tapi hanya Allah yang tahu.

    makhluk yg d panggil manusia

    Dia cantik…                                                                                      
    Matanya bundar…                                                                                                         
    Matanya begitu galak memerhatikan alam…              
    Kulitnya halus…                                                                           
    Hidungnya elok terletak…                                                 
    Bibirnya mugil…
    Badanya tinggi lampai…
    Indah sungguh ciptaan-Nya…

    Dia kacak…
    Hidungnnya mancung….
     Bibirnya kemerahan menunjukkan dia bukan perokok
    Bandannya tinggi bagaikan seorang modal…
     Sungguh sempurna ciptaan-Nya

    Dia hebat…
    Kerana sesiapa yang memandangnya pasti akan terpesona…
    Dia hebat…
    Kerana suka membantu orang yang dalam kesusahan…
    Dia hebat…
    Kerana mempunyai banyak harta…
    Dia hebat…
    Kerana dia seorang yang bijak…
    Dia begitu hebat…
    Hebatnya dia kerana hebatnya yang mencipta dirinya…

    Namun apa guna kecantikan seseorang jika…
    Tiada budi pekertinya…
    Apa ertinya kekacakan seseorang jika…
    Tidak tahu menghormati orang lain…
    Apa maknanya persona yang ada pada dirinya jika…
     Tidak mahu menjaga dan memeliharanya…
    Apa ertinya suka membantu orang jika….
    Niatnya hanya untuk menunjuk-nunjuk…
    Apa guna harta yang dimilikinya jika…
    Tidak mahu dilaburkan kejalan yang benar…
    Apa maknanya kebijaksanaan yang dia ada jika…
    Tidak menggunakannya dengan baik…

    Allah sebaik-baik pencipta…
    Dia Maha mengetahui kelemahan dan kelebihan makhluk yang dicipta-Nya…
    Andaikan anda mencipta sesuatu bahan…
    Pastinya anda ketahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada bahan ciptaan anda…

    Dunia ini umpama pentas lakonan…
    Semua yang ada di atas dunia ini merupakan pelakon…
    Tak perlu skrip…
    Ada dikalangan kita tak tahu mengapa dia bertindak sedemikian…
    Ini menunjukkan orang ini tidak punya pegangan hidup yang kukuh…
    Ada juga diantara kita bertindak berdasarkan kata nafsu tanpa memikirkan padah di kemudian hari…
    Kadang kala juga tindakkan kita berdasarkan kata hati tanpa mempertimbangkan baik buruk yang bakal memberi impak atas diri kita…
    Kekadang juga tindakkan kita berdasarkan akal , namun itu belum mencukupi jika kita tidak punya panduan yang kukuh dari al-Quran dan as-Sunah…
    Sesungguhnya orang yang menzalimi dirinya sendiri adalah orang yang tidak mahu cuba untuk berubah walaupun seinci…
    Kerana apa?
    Baginya ‘mengapa aku harus jadi orang lain?ini adalah diri aku…aku tak suka hipokrit’
    Kerana apa?
    Baginya ‘ala…pintu hati aku ni belum terbuka lagi nak terima hidayah’
    Kerana apa?
    Baginya ‘ hidup sebagai orang muda ni sekali sahaja , nanti la bila dah bersedia aku bertaubatla ‘

    Anda bijak...
    Anda pasti tahu mengapa anda dicipta…
    Untuk apa anda di dunia ini…
    Dan kemana arah tuju anda…
    Namun kekadang kita lalai dengan panorama hiasan plastik dunia…
    Jangan hanya merenung kemudian mengamalkannya hanya sebagai adat dalam hidup anda…

    Konklusinya anda sendiri boleh buat…
    Luangkan masa selama satu minit untuk diri anda…
    Tanya adakah anda menzalimi diri anda?
    The answer is in your heart…
    If you are not sincere when ask your self…
    You cant get the answer…

    **banyak-banyakanlah luangkan diri anda bersama rohani anda
    Kerana apa??
    Kerana itu adalah satu cara untuk mengetahui bahawa samada anda yang menguasai diri anda atau anda dikuasai oleh nafsu anda**

    Dakwah dan Kemaafan

    3.11.11
    Since dah ada orang melanjutkan hal dakwah ni...ana pun nak interfere jugak la.. Hehehe.. Hayati gambar di bawah...



    Dan tentang memaafkan tu... Bagi M la kan..nak lupa mudah je..pergi tidur.. Bangun confirm dah lupa.. Hehehe.. Entahlah.. It works for me..it may works for anyone either..rite?? Confirmation required action.. 

    Kalau sampai benda yang salah tu terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi..hee..harulah jugak.. 

    But...........................



    2.11.11
    "membuat salah samada sengaja atau tidak sememangnya mudah . namun untuk memaafkan bukanlah sesuatu yang mudah ."
    "berat mata memandang . berat lagi hati yang menanggung ."
    "orang yang terdekat berkemungkinan besar musuh yang paling rapat ."

    ayat yg selalu kita dengar . tapi pernah tak kita peraktikan untuk kita hindar drpd jd musuh org ? belajar utk lebih mudah memaafkan org lain ? merasai beban org lain ?

    A: dah tak sengaja buat salah nak buat macam mana . benda tak d sengajakan

    pandangan  : kalau dah timbang baik buruk akibat tindakan kita 2 tak akan berlaku kesilapan yg tak d sengajakan . benar la kita ni manusia biasa bukan tuhan atau malaikat atau maksom . tp kita d beri al-quran n hadis sbg rujukan .

    B :maafkan je la . bukan susah pun . tak kena bayar satu sen pun kalau maafkan org . lagi dapat pahala apa . sedangkan nabi juga memaafkan umatnya .

    pandangan : benar . sedangkan nabi juga memaafkan umatnya . tapi kita ni seorang insan biasa yg punya 1 sifat iaitu sukar melupakan . boleh utk memaafkan tp utk melupakan mengambil masa yg panjang . jd jika seseorang itu telah memaafkan kita tidak bermakna dy telah melupakan kesemua kesalahan kita . sbb dy bukan nabi yg telah mempunyai hati yg begitu suci .

    C : senang la cakap . yang nak menganggung bukan kamu

    pandangan : betul 2 . lbih mudah utk berkata2 drpd melaksanakan . oleh itu kalau kita mempunyai seseorang yg punya mslh atau sedang berhadapan dgn cabaran hdup . cra yg paling baik adlh memberi sokongan . bukan tak boleh nak nasihat . tp kekadang nasihat itu lbih membuatkan dirinya tertekan drpd berasa lbih tenang .

    *** kita bukan tak boleh nak tolong shbt kita mengikut jalan yg betul . benda itu adalah d tuntut atau d panggil sebagai dakwah . tp biarlah kena pada caranya . jgn pula disebabkan cara dakwah kita itu . islam d pandang hina . wallahualam .