• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kekeliruan yang Menyambut

    26.8.11
    Jam 10.24,aku mula memasuki kawasan pekan Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Rindu aku untuk menatap segenap penjuru bandar yang telah membesar seusiaku. Gelap malam dan rintik hujan menambah rasa syahdu yang mula menguasai. 

    Aku rindukan bandar ini. Bandar yang dapat aku kira sebagai masih sopan. Sedangkan di Seremban,mataku jenuh dijamu pelbagai hidangan menyakitkan. 

    Namun,sejak kebelakangan ini perasaan rindukan kampung halaman itu semakin menipis. Ditemani Nurin,Fatin,Ain,Awin dan Nawar yang membara semangat kecintaan pada Yang Maha Kuasa,aku jadi suka berada di Seremban. Biarpun kami tak rapat tapi kekuataan cinta dan ikatan kasih sayang dalam seisi kelas itu sangat menghiburkan aku. Saban hari,aku menghitung jam untuk ke sekolah. Di sana ada ketua kelasku yang bijak,Arifuddin,ada Ketua Umum Sekolah yang lucu,Sera,ada Ketua Umum Asrama yang sudah semakin matang,Ajime,ada Setiausaha Badar dan MPP,Nurin dan Nabihah yang memang sibuk,ada tukang sibuk,Amalina yang rajin dan ramai lagi.... Sungguh mereka itu hadirkan warna indah tanpa gelap dalam catatan harianku. 

    Apabila kereta Proton Exora kami mula meluncur melintasi tol Utara-Selatan,aku tahu betapa rindunya aku pada tempat ini,wilayah ini. Tiada yang berubah setelah sembilan bulan peninggalanku. 

    Tiba sahaja di rumah nenekku,aku dah keletihan melihat variasi jenis kotak yang memenuhi ruang tamu. Tok Aja yang merupakan nenek saudaraku baru sahaja berpindah masuk bersama anak tunggalnya,Amira. Jadi,logiknya rumah nenekku masih terlalu semak. Habuk dan kotoran di mana-mana sahaja. Aku yang melihat sahaja sudah letih. Mujurlah di ruangan atas,masih ada dua bilik yang boleh digunakan. Kami sekeluarga cepat-cepat mengisi salah satu dari bilik tersebit dengan barangan kami. 

    Malam itu,lenaku dalam rimas mengenangkan timbunan barang yang berselerak di dalam bilik yang kami duduki. 

    Esoknya,aku bangun sahur setelah digerakkan oleh Mama. Letih juga memandangkan aku perlu membasuh pinggan mangkuk di luar rumah disebabkan ketiadaan paip. Mujur Mama dan Baba sangat senang membantu. 

    Jam 10.15 kami sekeluarga mula bersiap-siap hendak ke salah sebuah pusat membeli-belah di bandar. Kasut raya kami masih belum dibeli jadi seharusnya kami bergerak awal kerana kata Mama,petang nanti,dia ingin membantu nenekku memasak di dapur. 

    Semasa dalam perjalanan,aku berdoa. Aku berdoa dipertemukan dengan seseorang yang aku benar-benar rapat semasa di sini dahulu. Aku tahu dua orang temanku iaitu G dan N sangat suka keluar bersama pada hujung minggu. Tambahan pula,sekarang sudah mahu menjelang hari raya. Aku berdoa agar aku dipertemukan dengan mereka. Aku khuatir aku tidak akan berpeluang bertemu dengan mereka nanti. 

    Aku melangkah masuk ke ruangan menjual kasut. Sambi mataku meninjau variasi kasut yang diletakkan di atas rak-rak,aku terpandangkan sepasang kasut yang ringkas tapi sangat manis dihiasi dengan empat butir permata. Aku terus berjalan. Mataku menyapa pula beberapa pasang kasut yang terdiri dari jenis kasut yang tertutup di bahagian hadapan. Cantik sekali... 

    Aku panggil Mama lalu kutunjukkan padanya kasut yang telah menarik pandangan mataku. Mama mengangguk-angguk setuju. Aku menoleh ke belakang. Mataku menayapa sesuatu. 

    Hatiku berdegup kencang. Adakah benar apa yang kulihat ini? Sukar sekali hendakku percaya. Aku kuis bahu Mama dan menunjukkan padanya apa yang sedang kurenungkan. Mama juga terkejut tapi sudah tentu Mama tidak merasa debaran hebat seperti yang aku rasakan. 

    "G! N!" 

    Nama mereka kulaungkan dengan debaran yang menggila di jiwa. Mereka menoleh ke belakang. Memandang ke arahku dengan riak tidak percaya. Kedua-duanya datang menerpaku dan memelukku. Aku tahu jiwaku senang dapat berjumpa dengan mereka cuma lidahku terlalu kelu. Rasa rindu dan tidak ketahuan menyelubungiku. Dalam hati,aku sebenarnya merasakan satu lagi rasa rindu. 

    Jiwaku benar-benar kecelaruan. Watakku yang tidak terlalu kasar tiba-tiba turut terpengaruh dengan pandangan mataku. Aku bahasakan diriku dengan gelaran 'aku'. Sungguh... Aku benci caraku melayan dua orang temanku tadi. Itu bukanlah aku di SHAMS. Itu bukanlah aku bersama keluargaku. 

    Aku rindukan sesuatu yang lain. Aku rindukan hangatnya cinta yang bersemi di atas namaNya. 

    Aku imbas semula wajah dua orang temanku tadi. Pakaian mereka..ya..mengikut arus moden. Aku tiada masalah dengan itu. 

    Cuma..............................


    ramadan f4

    20.8.11
    salam.... kenapa umat islam harus berpuasa..? sekarang dh hari ke21 umat islam seluruh dunia berpuasa... sama2 kita mencari mlm lailatul qadar k.. =)
    ....tapi kita pelik kn mngapa org melayu yg status nya di IC adalah islam tp xmcm islam..? fuhh...ikot depa ja kn nk puasa ke x... tambah klo tgok at shopping mall.. pergghh..kepi2 dgn balak uwh..alasan nk beli bju raya sma2.. mcm r sweet sgt... bju raya ntah beli xpn..gatai je lbey dr mmbeli.. bukan aku nk marah...sbub bnda depan mata aku... sabar je la...]
    ...ada plark kes ny...sorang minah ny sesenang ja dy post di fb yg dy xnk puasa..cz xbgon sahur..? sahih dh xbgon solat subuh... org brsahur last min sblom msok wktu sbuh baru mujarab..haha
    tapi kebanyakan org skrg brsahur pkui 1 pg....2 pg....alasan depa bg bub tkot esk xlqat bgun klo sahur lambat2..? ewaahhh....mcm to pla..?subuh hampa cmna..?
    hahaha...aku pernah di situasi to... time tuh baru darjah 3...aku tompang rumah kwn baik aku..sja nk brbuka sana..then dh pkui12..aku pn dah ngntok thap apa dh..tido la mlm uh..dgn nyenyak..ttba aku trkejut baru ja nk tido dlm kui 1 pg kwn aku kjut kan aku bgun..? aku tanya la for what..? she said "sahur laa..siap cpt,nk g mkn luar.."..aku pn dgn mamun siap la...
    haih.....tggal lagi 9 hari nk berpuasa.. sedih........
    apa2 pon cepat2 kejar ibadah.... berkali ganda pahala dpt tau... kemarin hari ke-20 rombongan aqsa syarif brangkat ke Gaza... doakan kselamatan depa smpai sana...