• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • SMILE..

    28.11.11
    Masa mematangkan kita.. Dalam masa setahun..dalam jarak perpisahan kita ni..banyak benda yang berlaku dan masing-masing ada cerita masing-masing.. 

    Belajarlah..kerana kita tak sempurna dalam sekali percubaan.. 

    SMILE.. THE WHOLE NEW WORLD IS ABOUT TO START.. :) 

    perjanjian 2 eqlaz :)

    7.11.11
    Kelas 2 Ikhlas,
    Sek.Men.Al-ISlah,
    Lot 292.Pokok Asam,
    Jalan Pinang Tunggal,
    08000 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman.
    …………………………………………………………………
    Kelas 2 Ikhlas,
    Sek.Men.Al-Islah,
    Lot 292.Pokok Asam,
    Jalan Pinang Tunggal,
    08000 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman.                                                                                                        19 NOVEMBER 2009.

    Anta/anti,

    Surat Perjanjian Perjumpaan Semula Selepas 10 Tahun Kelas 2 Ikhlas (2009).

    2. Merujuk kepada perkara diatas,saya dengan sukacitanya ingin memberitahu bahawa kelas ini akan mengadakan alumnai selepas 10 tahun.Ini bermaksud kita akan mengadakan perjumpaan semula dengan semua ahli-ahli kelas 2 Ikhlas(2009) pada tahun 2018.
    3. Oleh kerana kelas ini mempunyai seramai 30 orang ahli,maka diharapkan agar kasemua ahli dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memastikan hubungan silaturrahim antara kita semua tidak terputus.Malahan ada yang diantara kita berkemungkinan besar akan berpindah pada tahun hadapan.
    4. Mengikut perancangan yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:

    Tarikh: 19 NOVEMBER 2018
    Hari: ISNIN
    Tempat: KELAS 2 IKHLAS (TAPAK)

    5. Memanglah kita semua tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang.Tetapi semoga dengan izin-Nya,InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada hari yang dijanjikan.Kami amatlah mengharapkan kedatangan anda pada hari tersebut.
    Sekian,terima kasih.

    Tanda Tangan Guru,                                                                           
    …………………………………..              
    (Muallim Baihaqi)
    Selaku guru kelas 2 Ikhlas 2009.

    Tanda Tangan Murid,
    ……………………………………..
    (                                  )

    H.A.T.I

    hati bagaikan mop dengan lantai.kalau dah lama sangat tak mop lantai,memang berabuk hitam lah lantai tu nanti.melekit-lekit.berminyak-minyak.kotor.macam tu lah hati, kalau dah lama tak muhasabah,dah lama tak berubat.Salah siapa?Tuan empunya badan.

    hati bagaikan buku saikologi dengan pembaca.lagi dalam si pembaca cuba memahami,lagi berserabut kepala.
    Untuk memahami konteks ambil masa,macam itulah nak faham hati manusia.Jangan mudah menembak sini-sana.

    Hati bagaikan kamera dengan model.Nampak gembira dalam gambar,tetapi realitinya macam-macam perasaan boleh jadi.Macam-macam tafsiran orang boleh buat,tapi hanya Allah yang tahu.

    makhluk yg d panggil manusia

    Dia cantik…                                                                                      
    Matanya bundar…                                                                                                         
    Matanya begitu galak memerhatikan alam…              
    Kulitnya halus…                                                                           
    Hidungnya elok terletak…                                                 
    Bibirnya mugil…
    Badanya tinggi lampai…
    Indah sungguh ciptaan-Nya…

    Dia kacak…
    Hidungnnya mancung….
     Bibirnya kemerahan menunjukkan dia bukan perokok
    Bandannya tinggi bagaikan seorang modal…
     Sungguh sempurna ciptaan-Nya

    Dia hebat…
    Kerana sesiapa yang memandangnya pasti akan terpesona…
    Dia hebat…
    Kerana suka membantu orang yang dalam kesusahan…
    Dia hebat…
    Kerana mempunyai banyak harta…
    Dia hebat…
    Kerana dia seorang yang bijak…
    Dia begitu hebat…
    Hebatnya dia kerana hebatnya yang mencipta dirinya…

    Namun apa guna kecantikan seseorang jika…
    Tiada budi pekertinya…
    Apa ertinya kekacakan seseorang jika…
    Tidak tahu menghormati orang lain…
    Apa maknanya persona yang ada pada dirinya jika…
     Tidak mahu menjaga dan memeliharanya…
    Apa ertinya suka membantu orang jika….
    Niatnya hanya untuk menunjuk-nunjuk…
    Apa guna harta yang dimilikinya jika…
    Tidak mahu dilaburkan kejalan yang benar…
    Apa maknanya kebijaksanaan yang dia ada jika…
    Tidak menggunakannya dengan baik…

    Allah sebaik-baik pencipta…
    Dia Maha mengetahui kelemahan dan kelebihan makhluk yang dicipta-Nya…
    Andaikan anda mencipta sesuatu bahan…
    Pastinya anda ketahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada bahan ciptaan anda…

    Dunia ini umpama pentas lakonan…
    Semua yang ada di atas dunia ini merupakan pelakon…
    Tak perlu skrip…
    Ada dikalangan kita tak tahu mengapa dia bertindak sedemikian…
    Ini menunjukkan orang ini tidak punya pegangan hidup yang kukuh…
    Ada juga diantara kita bertindak berdasarkan kata nafsu tanpa memikirkan padah di kemudian hari…
    Kadang kala juga tindakkan kita berdasarkan kata hati tanpa mempertimbangkan baik buruk yang bakal memberi impak atas diri kita…
    Kekadang juga tindakkan kita berdasarkan akal , namun itu belum mencukupi jika kita tidak punya panduan yang kukuh dari al-Quran dan as-Sunah…
    Sesungguhnya orang yang menzalimi dirinya sendiri adalah orang yang tidak mahu cuba untuk berubah walaupun seinci…
    Kerana apa?
    Baginya ‘mengapa aku harus jadi orang lain?ini adalah diri aku…aku tak suka hipokrit’
    Kerana apa?
    Baginya ‘ala…pintu hati aku ni belum terbuka lagi nak terima hidayah’
    Kerana apa?
    Baginya ‘ hidup sebagai orang muda ni sekali sahaja , nanti la bila dah bersedia aku bertaubatla ‘

    Anda bijak...
    Anda pasti tahu mengapa anda dicipta…
    Untuk apa anda di dunia ini…
    Dan kemana arah tuju anda…
    Namun kekadang kita lalai dengan panorama hiasan plastik dunia…
    Jangan hanya merenung kemudian mengamalkannya hanya sebagai adat dalam hidup anda…

    Konklusinya anda sendiri boleh buat…
    Luangkan masa selama satu minit untuk diri anda…
    Tanya adakah anda menzalimi diri anda?
    The answer is in your heart…
    If you are not sincere when ask your self…
    You cant get the answer…

    **banyak-banyakanlah luangkan diri anda bersama rohani anda
    Kerana apa??
    Kerana itu adalah satu cara untuk mengetahui bahawa samada anda yang menguasai diri anda atau anda dikuasai oleh nafsu anda**

    Dakwah dan Kemaafan

    3.11.11
    Since dah ada orang melanjutkan hal dakwah ni...ana pun nak interfere jugak la.. Hehehe.. Hayati gambar di bawah...



    Dan tentang memaafkan tu... Bagi M la kan..nak lupa mudah je..pergi tidur.. Bangun confirm dah lupa.. Hehehe.. Entahlah.. It works for me..it may works for anyone either..rite?? Confirmation required action.. 

    Kalau sampai benda yang salah tu terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi..hee..harulah jugak.. 

    But...........................



    2.11.11
    "membuat salah samada sengaja atau tidak sememangnya mudah . namun untuk memaafkan bukanlah sesuatu yang mudah ."
    "berat mata memandang . berat lagi hati yang menanggung ."
    "orang yang terdekat berkemungkinan besar musuh yang paling rapat ."

    ayat yg selalu kita dengar . tapi pernah tak kita peraktikan untuk kita hindar drpd jd musuh org ? belajar utk lebih mudah memaafkan org lain ? merasai beban org lain ?

    A: dah tak sengaja buat salah nak buat macam mana . benda tak d sengajakan

    pandangan  : kalau dah timbang baik buruk akibat tindakan kita 2 tak akan berlaku kesilapan yg tak d sengajakan . benar la kita ni manusia biasa bukan tuhan atau malaikat atau maksom . tp kita d beri al-quran n hadis sbg rujukan .

    B :maafkan je la . bukan susah pun . tak kena bayar satu sen pun kalau maafkan org . lagi dapat pahala apa . sedangkan nabi juga memaafkan umatnya .

    pandangan : benar . sedangkan nabi juga memaafkan umatnya . tapi kita ni seorang insan biasa yg punya 1 sifat iaitu sukar melupakan . boleh utk memaafkan tp utk melupakan mengambil masa yg panjang . jd jika seseorang itu telah memaafkan kita tidak bermakna dy telah melupakan kesemua kesalahan kita . sbb dy bukan nabi yg telah mempunyai hati yg begitu suci .

    C : senang la cakap . yang nak menganggung bukan kamu

    pandangan : betul 2 . lbih mudah utk berkata2 drpd melaksanakan . oleh itu kalau kita mempunyai seseorang yg punya mslh atau sedang berhadapan dgn cabaran hdup . cra yg paling baik adlh memberi sokongan . bukan tak boleh nak nasihat . tp kekadang nasihat itu lbih membuatkan dirinya tertekan drpd berasa lbih tenang .

    *** kita bukan tak boleh nak tolong shbt kita mengikut jalan yg betul . benda itu adalah d tuntut atau d panggil sebagai dakwah . tp biarlah kena pada caranya . jgn pula disebabkan cara dakwah kita itu . islam d pandang hina . wallahualam .
    30.10.11
    M rindu N ?
    da rezeki berjumpa la kita :)
    biar jauh d mata M asalkan kita semua tau yang kita semua dekat d hati :)

    utk pengetahuan M kami kat sini semuanya sihat2 belaka . harap M juga begitu . ta banyak yg N na tulis sbb ta ada apa yg hendak d veritakan . moga persahabatan kita dapat d kekalkan n di perkuatkan lagi walaupun ribut melanda . fikiran posotive itu perlu sentiasa ada .
    salam rindu syg dri GNZ buat M
    27.10.11
    Entah la kalau antuna macam mana. Tapi serius ana rindu sangat dekat antuna. GILA RINDU!!!!!!

    Nangis bila fikirkan yang kita sekarang dah jauh. :(

    N...ana paling rindu dengan anti...
    18.10.11
    agak lama kami mgnz mendiam .. bermakna telah sebulan blog ni di biarkan sepi . kat sini aku nak share something . ada seorang sahabat aku kata
    "kiranya kita mengetahui sesuatu perkara yang negatif , kita wajib selesaikan perkara tersebut . "
    jadi kita sendiri pilih utk menyelesaikannya atau tidak .

    this week adlh mnggu exam .. wish 4 GNZ luck ok :)
    missing u M ..

    ohhh......bajet teramat la sangat.....

    27.9.11
    well..........G nk share something la ngn kawan2 semua... , pernah x tengok orang yg suka sgt perasan bagus..? adess....bajet jew lebih mcm dia leader semua benda....
    ...mentang2 ja segak,genius,brilliant,kreatif, n semua bnda baik la kn bg at ag..tp syg lar.. niat ag buat benda baik to xbetoi... niat ag nk show off yg ag tuh pandai sgt n leader trbaikkk la sgt....
    ....tolong lar be a honest person ... takat ag dok present apa kebenda kt depan bukan nk tayang ilmu..tp tayang muka ag yg ala "baby face" tuh.... naik meluat ag tau...?
    ....aku pon bukan la baik sgt kn nk kata kt org....tp sekurang nya aku jdek diri ak yg sebenar...? bkn nya jalan smpai tgok kaki ag sndiri... hmmm... pandai2 la pkir.... memang kita nmpak org sanjung kita sampai ke langit..... tapi suatu hari nanti ag akn rasa jugak mcm mana rasa duduk bawah orang yg perangai mcm ag.....

    Z kembali ke Islah

    17.9.11
    Ahlan Wasahlan ... =)
    ...Z patah balik mai islah... haha pada tarikh 16SEPT2011.... terrrbaikk laa... haha, mlm khamis to dia ada mai umh G dulu utk sembang2... n dia gtw G dulu la 1st person... then Z juga pesan jgn bagi tau N cz nk buat surprise .... !! esok pg to Z mai skulah dgn happy nya , N xprasan lg tau Z dh msok kelas... lps G tgoq bqu la N trkejut yakmat.. huhu.. (konon muka abeyh trkejut la nii..)
    ....Z pon dduk la sblh G dgn N ..tmpt Nid(nid xmai skula ary tuh) ... happy sgt..bka kelab bercerita hari to..ahax.. moga Z dok islah to dpt lg skor subject dgn baik n cemerlang dr dok skulah lama dia tuu..... daa~

    tak usah d ungkit

    12.9.11
    setiap org punya kesalahn tersendiri .. sama ada yg tersembunyi atau pun tidak .. yang telah berlalu biarkan berlalu sekiranya tidak membawa apa2 keuntungan atau faedah pada diri . kiranya d ungkit pasti sesuatu negatif akn berlaku ..
    benar , perkara itu blh d ambil sebagi iktibar m namun ta perlu la difikirkan secara bepanjangan .. yang penting mara ke depan n pertahankan hubungan persahabatan yg suci ini ats nama Allah

    Im Sorry

    4.9.11
    sorry that i am not such a good friend like you guys can be.. sorry that i cant stand when it comes to you guys' faults.. sorry that for now,i prefer to hate..

    Kekeliruan yang Menyambut

    26.8.11
    Jam 10.24,aku mula memasuki kawasan pekan Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Rindu aku untuk menatap segenap penjuru bandar yang telah membesar seusiaku. Gelap malam dan rintik hujan menambah rasa syahdu yang mula menguasai. 

    Aku rindukan bandar ini. Bandar yang dapat aku kira sebagai masih sopan. Sedangkan di Seremban,mataku jenuh dijamu pelbagai hidangan menyakitkan. 

    Namun,sejak kebelakangan ini perasaan rindukan kampung halaman itu semakin menipis. Ditemani Nurin,Fatin,Ain,Awin dan Nawar yang membara semangat kecintaan pada Yang Maha Kuasa,aku jadi suka berada di Seremban. Biarpun kami tak rapat tapi kekuataan cinta dan ikatan kasih sayang dalam seisi kelas itu sangat menghiburkan aku. Saban hari,aku menghitung jam untuk ke sekolah. Di sana ada ketua kelasku yang bijak,Arifuddin,ada Ketua Umum Sekolah yang lucu,Sera,ada Ketua Umum Asrama yang sudah semakin matang,Ajime,ada Setiausaha Badar dan MPP,Nurin dan Nabihah yang memang sibuk,ada tukang sibuk,Amalina yang rajin dan ramai lagi.... Sungguh mereka itu hadirkan warna indah tanpa gelap dalam catatan harianku. 

    Apabila kereta Proton Exora kami mula meluncur melintasi tol Utara-Selatan,aku tahu betapa rindunya aku pada tempat ini,wilayah ini. Tiada yang berubah setelah sembilan bulan peninggalanku. 

    Tiba sahaja di rumah nenekku,aku dah keletihan melihat variasi jenis kotak yang memenuhi ruang tamu. Tok Aja yang merupakan nenek saudaraku baru sahaja berpindah masuk bersama anak tunggalnya,Amira. Jadi,logiknya rumah nenekku masih terlalu semak. Habuk dan kotoran di mana-mana sahaja. Aku yang melihat sahaja sudah letih. Mujurlah di ruangan atas,masih ada dua bilik yang boleh digunakan. Kami sekeluarga cepat-cepat mengisi salah satu dari bilik tersebit dengan barangan kami. 

    Malam itu,lenaku dalam rimas mengenangkan timbunan barang yang berselerak di dalam bilik yang kami duduki. 

    Esoknya,aku bangun sahur setelah digerakkan oleh Mama. Letih juga memandangkan aku perlu membasuh pinggan mangkuk di luar rumah disebabkan ketiadaan paip. Mujur Mama dan Baba sangat senang membantu. 

    Jam 10.15 kami sekeluarga mula bersiap-siap hendak ke salah sebuah pusat membeli-belah di bandar. Kasut raya kami masih belum dibeli jadi seharusnya kami bergerak awal kerana kata Mama,petang nanti,dia ingin membantu nenekku memasak di dapur. 

    Semasa dalam perjalanan,aku berdoa. Aku berdoa dipertemukan dengan seseorang yang aku benar-benar rapat semasa di sini dahulu. Aku tahu dua orang temanku iaitu G dan N sangat suka keluar bersama pada hujung minggu. Tambahan pula,sekarang sudah mahu menjelang hari raya. Aku berdoa agar aku dipertemukan dengan mereka. Aku khuatir aku tidak akan berpeluang bertemu dengan mereka nanti. 

    Aku melangkah masuk ke ruangan menjual kasut. Sambi mataku meninjau variasi kasut yang diletakkan di atas rak-rak,aku terpandangkan sepasang kasut yang ringkas tapi sangat manis dihiasi dengan empat butir permata. Aku terus berjalan. Mataku menyapa pula beberapa pasang kasut yang terdiri dari jenis kasut yang tertutup di bahagian hadapan. Cantik sekali... 

    Aku panggil Mama lalu kutunjukkan padanya kasut yang telah menarik pandangan mataku. Mama mengangguk-angguk setuju. Aku menoleh ke belakang. Mataku menayapa sesuatu. 

    Hatiku berdegup kencang. Adakah benar apa yang kulihat ini? Sukar sekali hendakku percaya. Aku kuis bahu Mama dan menunjukkan padanya apa yang sedang kurenungkan. Mama juga terkejut tapi sudah tentu Mama tidak merasa debaran hebat seperti yang aku rasakan. 

    "G! N!" 

    Nama mereka kulaungkan dengan debaran yang menggila di jiwa. Mereka menoleh ke belakang. Memandang ke arahku dengan riak tidak percaya. Kedua-duanya datang menerpaku dan memelukku. Aku tahu jiwaku senang dapat berjumpa dengan mereka cuma lidahku terlalu kelu. Rasa rindu dan tidak ketahuan menyelubungiku. Dalam hati,aku sebenarnya merasakan satu lagi rasa rindu. 

    Jiwaku benar-benar kecelaruan. Watakku yang tidak terlalu kasar tiba-tiba turut terpengaruh dengan pandangan mataku. Aku bahasakan diriku dengan gelaran 'aku'. Sungguh... Aku benci caraku melayan dua orang temanku tadi. Itu bukanlah aku di SHAMS. Itu bukanlah aku bersama keluargaku. 

    Aku rindukan sesuatu yang lain. Aku rindukan hangatnya cinta yang bersemi di atas namaNya. 

    Aku imbas semula wajah dua orang temanku tadi. Pakaian mereka..ya..mengikut arus moden. Aku tiada masalah dengan itu. 

    Cuma..............................


    ramadan f4

    20.8.11
    salam.... kenapa umat islam harus berpuasa..? sekarang dh hari ke21 umat islam seluruh dunia berpuasa... sama2 kita mencari mlm lailatul qadar k.. =)
    ....tapi kita pelik kn mngapa org melayu yg status nya di IC adalah islam tp xmcm islam..? fuhh...ikot depa ja kn nk puasa ke x... tambah klo tgok at shopping mall.. pergghh..kepi2 dgn balak uwh..alasan nk beli bju raya sma2.. mcm r sweet sgt... bju raya ntah beli xpn..gatai je lbey dr mmbeli.. bukan aku nk marah...sbub bnda depan mata aku... sabar je la...]
    ...ada plark kes ny...sorang minah ny sesenang ja dy post di fb yg dy xnk puasa..cz xbgon sahur..? sahih dh xbgon solat subuh... org brsahur last min sblom msok wktu sbuh baru mujarab..haha
    tapi kebanyakan org skrg brsahur pkui 1 pg....2 pg....alasan depa bg bub tkot esk xlqat bgun klo sahur lambat2..? ewaahhh....mcm to pla..?subuh hampa cmna..?
    hahaha...aku pernah di situasi to... time tuh baru darjah 3...aku tompang rumah kwn baik aku..sja nk brbuka sana..then dh pkui12..aku pn dah ngntok thap apa dh..tido la mlm uh..dgn nyenyak..ttba aku trkejut baru ja nk tido dlm kui 1 pg kwn aku kjut kan aku bgun..? aku tanya la for what..? she said "sahur laa..siap cpt,nk g mkn luar.."..aku pn dgn mamun siap la...
    haih.....tggal lagi 9 hari nk berpuasa.. sedih........
    apa2 pon cepat2 kejar ibadah.... berkali ganda pahala dpt tau... kemarin hari ke-20 rombongan aqsa syarif brangkat ke Gaza... doakan kselamatan depa smpai sana...

    kawad robot lagiiiiiiiiiiiiiiiii................

    27.7.11
    hahahahahahaha.......... malu sangat... ampa apa tau.... hari ni hari krsm last sblum puasa... bkn last utk tahun ny k...(jgn happy sgt)....
    td penutup krs...G kena kwad utk bg laporan tntg aktiviti... kena lapor at ahmad hambali sebagai komander krsm hari ni.,.. time berkawad nk pegi to ok la... mantop je org tgok kn.... time nk ptah balik to... alamak...... ape ny G ....silap step kawad maa.... malu sgt...cer bayang kan kluaq tgn kanan n kaki kanan serentak....mcm badut n robot,....!! *(xcya ampa try bangun n kawad mcm to...) test depan cermin..tgok la diri sendiri bila kawad mcm tuh...sumpah..! lawak....
    then...tunggu lg..bdx gelak r G kawad cento...huk2... sampai hati depa.... xpa2... ny second time kawad cento..... hmmmmm

    1st time plark at majlis makan beradat KRSM..... perghhhhh pengerusi krs mai kot,... malu lg brtambah... cita dy cmni... nma "G"(nama penuh laa) dipanggil naik ke pentas utk pentauliahan sbg ketua komponi fatayat... hmm...jawatan bgoz dh.. kawad plark gelabah.. p kawad robot... ketua krs gelak smpi pecah perut tgok G kawad... G xprasan mula to apa salah G..... bila naik ja pentas...akan tabik hormat tgn terketar2 ...lg gelabah.... hm.. turun ja pentas.. arghhhh lagi sekali nk terkawad robot to... bley la handle g.. 1 dewan gelak riuh sgt at G....adoyai... malu2 deh.....

    .....pssssttt... nak pesan.. sblum uat satu bnda to..latih la diri sendiri dulu.. jgn pakai uat ja .. diri kita ny mmerlukan latihan utk setiap perkara.... wlopn kcil,... ksilapan bley berlaku wlopn kita dh besar sgt dr org bawah..... .. ^^,

    Saf Kepimpinan... Layak Ke?

    16.7.11
    salam..

    semalam..M baru sahaja menerima satu penyerahan kuasa oleh seorang kakak f5 di SHAMS (sekolah M la tu).

    mungkin sebenarnya susah nak percaya.. memanglah susah kan? M sekarang berada di dalam saf kepimpinan BADAR..

    M pegang BADAR??

    M sendiri masih susah nak percaya. tapi,itulah hakikatnya.

    Mimi Jazman baru sahaja selesai mengangkat ikrar berada dalam saf kepimpinan BADAR sesi 2011/2012 malam semalam. Mimi Jazman telah menerima penyerahan amanah oleh Kak Hanisah.

    GULP!

    Masih susah nak percaya.. Layak ke M nak berada dalam saf kepimpinan BADAR?

    assalamualaikum .. jwb salam hukumnya wajib :)

    10.7.11
    entri kali ni ada empat benda N nak habaq kat bloger yg rajin dok walking2 niii ...

    1st : PUASA SUNAT BULAN SYAABAN 
    - kami na ajak semua kaki bloger buat persiapan utk berpuasa di bulan Ramadan nanti . 
    alaaa .. bkn suruh posa tiap2 hari .. posa isnin khamis kira ok la 2 .. 
    actually ikut kemampuan masing2 .. then 
    so , harap kaki bloger yg singgah n baca entri ni boleh la RENUNG2 DAN SELAMAT BERAMAL ~

    2nd : KEJAYAAN M
    - Alhamdulillah , hari 2 dpt berita yg M telah ditauliahkan sbg pengawas d sekolah barunya .. then , dy juga telah menyamdang jawatan dlm salah 2 kelab yg ada kat skolah 2 .. well done my dearest little sister !! ( well ur dobe on 22 sept :p ) 

    3rd : 'MIMPI' N
    - hohoho .. kononya la ni ... 1stly confession la skit an .. N bru ja delete blog lama N yg mcm keling + hape2 2 .. ta BERTAMADUN ja rasanya blog 2 .. huhuhu , ( sedaq diri tak salah an ?) . ni niat la .. InsyaAllah lpas ni na buat blog yg hanya ada nota2 pelajaran jaaa .. + la apa2 yg berguna utk manusia2 ats muka bumi ini :p
    -lepas 2 ni 'mimpi' la an .. na vlogging la lpas ni .. tp tgh pkiaq cra mcm mna ta mo tayang muka lawa kurniaan ALLAH ni ... vlogging ni bkn nak cari famouse ka hape , tp untuk keluarkan opinion dgn cra bervlogging pla .. ta slah mencuba , klau tak menjadi say bye2 laa :)
    bkn la na POYO habaq .. tp ni tanda na minta SEMANGAT dr sahabat2 yg SAYA SAYANG . bolehkan ? moga niat di hati ini dpt d tunaikan dan mimpi menjadi kenyataan

    4th : G JADI PENGURUSI
    - hahaha .. hebat btul kwn2 kami ni .. hari 2 ada pertandingan pidato piasa hesa kat skolah .. G jadi pengurusi time 2 .. mcm dlm majlis besar pla ... hehehe .. smpai mak kwn kami ckp lepas ni boleh la suruh G jd pengerusi lg :D .. chayyo G !

    muQayyam smai 2011

    20.6.11
    salam.. muqayyam utk f4 n f5 mang brbeza dr f1,f2 n f3... yela..dh besar kn..msti kna lg adventure than other form....1st start at skula..kami suma d bahagi kan kumpulan,..mix with form5... then pagi jumaat kami d beri tugasan utk menghafal surah apa xtwu la..dh xengat sbub bkn G yg kna mnghafal..huhu.,, mna kump yg dh hantar wakil 2 org utk mghafal akn brtolak dulu.. then kump G kump yg ke-2... hehe, agak gembira..cz suma ada 5 kump....kami suma kna cqek transport sndiri utk ke skula al-itqan,penang... so kump G brjalan dr skula smpai simpang at tmn sri pinang..kami tunggu bas UTC at cto...cs bas to akn bwk ktorg g jetty penang.. menunggu bas yg agak lama..aqernya muncul jgk bas yg xsbrapa lawa tuh... ahax... kami jgk kna mncqek knalan baru xkira bangsa,jantina mhupun usia.... spnjg prjalanan agk lama dlm bas tuh smpy ke jetty..G xjmpa pn knalan baru..yola..G ny bkn pramah sgt ,, hahax..

    smpai d jetty kami ke tempat menunggu feri..at tempat menunggu to G jumpa swg aunty chIna ny.... sombong sgt..G tgow dy uat donow ja... adoy...mcm nk mkn dy ja pn ada time tuh... hahax. allah mmberi kesabaran time tuh..hehe,.. dh naik feri G jmpa swg mkcik dy nk g keja at penang tuh...dan la borak2 jp.... uhux...
    pato dh smpai d jetty p.pinang to kami kna cqek bas utk ke sg.nibong... dh smpai perhentian sg.nibong at tingkat atas to ada la kedai2 mkn n runcit ..apa yg pling bez sgt ada kerusi urut... pergghh... penat brjalan jmpa kerusi to dh xegt dunia r.... haha.. pakat2 dok mngurut sakan smpai trlepas bas yg nk ke itqan to,.. pdn muka .. haha,

    dh dpt basutk ke itqan to... driver to plark xtwu jln... nseb ada kiah yg twu jln ke itqan ..hehe, dlm bas jgk G jumpa swg bdx ny..nma amar.. drjah6 baru... dy dok sblh G .. erm skula at madrasah al-aminiah... sembang ja abeyh psl family dy apa suma G tanya... yela...kenalan baru la konon ,.. hahahax..

    sampai al-itqan kami penat n lapar bgai thp apa dh..alhamdulillah nasi n lauk ayam d sediakan.. agak bahagia seketika.. then ada la bberapa org trmasok G take a nap .. ltey sgt... pato bberapa mnit pstuh kami kna junggle trakking... agk mncabar bg ssiapa yg xpnh lg la.. bg G bkn lg bnda baru xp seronok sgt sbub peluh kuaq myak..dapat la kurus..hahaha..

    lama perjalanan kami utk sampai ke tapak prkhemahan... dh sampai to seronok la.. tpak prkhemahan dkt ngn pantai,,.. bez... at sna kami juz kna mkn gelama masam ngn ubi kledek.. agak sedap bila dh lapar punya hal..haha ..
    dh tiba time utk blik..kami suma kump blik sama2..smpai ja d jetty penang blah sbrg prai kami suma brpecah n ikut haluan msing2... so G ngn nida singgah mkn dulu.. kami la org last blik dr jetty..huhu.. kami amek bas city liner twos express dr jetty ke station espi... smpai d sp kami brenti at giant then amek teksi ke islah..haha.. pkcik teksi to lawak sgt... ceramah kalah ust.rosli kot... hahaha... bez2... smpai ja at islah.. mang suma G n nida pnt.. blek ja umah tdo xegt dunia dh.. hehe..

    apa yg pling bez... esok to suma bnt f4 n f5 dtg skula..ada jgk la yg xdtg..xp juz 2,3 org ja..huhu. kalah bnin... cz dulu muqayyam bnin juz 5 org f4 yg dtg esok to..yg lain suma pengsan lps mqayyam to..haha..
    18.6.11
    salam..

    antunna semua ada mukhayyam ek?? citela..

    suka suki ja ..

    5.6.11
    salam sejahtera buat pembaca sama ada yg setia atau pun yang "sukasuki" terbuka blog ni :))
     salam sayang diucapkan buat mimi farah jazman dan siti zanariah ibrahim <3

    dari sahabat2 kami , kami G dan N na mohon kebaikan semua utk mendoakan kejayaan sahabat2 yang ambil acara dalam karnival MGB SIM yang dianjurkan oleh pihak musleh . Semoga kami yang pi sebagai wakil ni dapat bawa imej sekolah yang baik dan membawa pulang kejayaan yang baik :)

    ** hahahaha ! da mcm text hape daa ... abaikan ayt yg poyo 2 !

    Entahlah...

    25.5.11
    study memanglah banyak.. tapi tak tahulah keputusannya macam mana..

    exam...exam...exam...

    21.5.11
    mcm mna result KAMI nty...?adakah memuaskan...? MIE plg rajin study.....xon9 langsung time exam ni.....bgoz3... ^^ , GIE....hmmm on9 sakan ja.....apa nk jdek,,? time nk jwb baru gelabah soalan susah..heee biasa la..., NURUL, on9 skan gk...study nya lbey cket dr GIE...ahahax... alhamdulillah...ZANA pla on9 jga....study pn rajin....sama2 menunggu result cmna k.... haha... orang yg study lbey dpt la lbey...org yg study cket dpt cket ja.. ngee~

    dengarlah wahai sahabat .

    2.5.11
    sekiranya diri ini mampu tidak dilihat oleh semua , pasti segalanya telah terucap tika ini . Ingin sekali hati ini menjerit namun pasti tiada siapa yang dapat medengar jeritan itu . Air mataku ini tidak termampu aku mengalirkannya . Sekiranya hati ini boleh berkata-kata pastinya segala hal tidak menjadi sebegitu rumit . Banyak hal yang ingin aku perkatakan namun mengapa aku tak punya kekuatan untuk mengucapkannya ? Oleh sebab itu , aku mengambil keputusan untuk mencoretkan segalanya disini .

    Entah mengapa hati ini berasa seperti punya sesuatu yang belum terlaksana dan 'tidak cukup' . Ada juga rasa sakit seolah luka lama di guris dan disimbah dengan cuka . Pemikiran aku kini begitu 'semak' dengan pelbagai hal .

        Pemeriksaan pertengahan tahun makin hampir , namun banyak lagi pelajaran yang belum aku dapat fahami . Entah bagaimana aku akan menempuh pemeriksaan itu nanti . Benar , sebelum ini aku mabil endah tidak endah namun tidak untuk kali ini . 5A ketika PMR yang lalu sudah tiada maknanya lagi . Kejayaan yang aku peroleh ketika itu lebih banyak berkat doa orang-orang yang sayangkan diri ini berbanding usahaku sendiri .   

        Setiap insan punya nafsu dan keinginan . Tiada siapa yang mampu menyangkal itu . Aku juga seperti manusia yang lain . Namun , aku lebih memerlukan keredhaan-NYA . Aku yakin Allah telah menentukan jodoh semua hambanya sejak azali lagi , oleh itu aku perlu kuat melawan segala nafsu dan godaan-godaan yang mendatang . Aku juga perlu belajar untuk 'setia' kepada bakal suamiku . Hanya satu harapanku untuk hal yang ini , semoga 'dia' yang aku inginkan akan menjadi peneraju bahtera yang bakal terbina . Sekiranya bukan dirinya sekali biarlah yang seumpamnya . Aku benar-benar maksudkanya .

        Entah mengapa aku berasakan seperti antara kami punya jurang kini . jurang yang entah bagaimana terbina . Adakah disebabkan sikap aku sendiri ?? kini hanya kami bedua di sekolah itu . hendak dikatakan kehadiran Dauratun Nida menyebabkan jurang ini terbina . Perkara itu adalah tidak mungkin . Mungkin hati ini yang terlalu mencumburui keakraban mereka . Wajarkah aku punya perasaan sebegitu ? Semoga Allah mengekalkan persahabatan kami berempat ini walau apa jua yang bakal berlaku selepas ini .

    **hanya punya satu jalan untuk menghangatkan hubungan persahabatan kita ini dan marakkan api rindu di hati kita , iaitu dengan cara memngimbau kenangan-kenangan kita bersama .

    aneh......

    27.4.11
    betul ka orang yg ada pangkat akn digelar 'gila pangkat'..?? hmmm....,betul ka pangkat sarjen,staf sarjen,pgawai waran yg garang dlm krsm akn juga digalar 'GP'...? slh kah mereka ingin mnjalankan tanggungjawab mereka sekarang wlopon sblum ini ia diabaikan..?? mereka sedar mereka bknlah seorang pemimpin yg memenuhi segala ciri kemahuan prebet....tapi mereka sdg berusaha mnjadi seorang pemimpin...berilah masa....mereka sebenarnya pn takot ingin mmegang pangkat tersebut kerana takot terabai tanggungjawab ....disebabkan minat dan keyakinan yg ada insyaallah segalanya seperti biasa......

    mereka juga mgharap kerjasama dr prebet semua..
    betul ka orang yg ada pangkat akn digelar 'gila pangkat'..?? hmmm....,betul ka pangkat sarjen,staf sarjen,pgawai waran yg garang dlm krsm akn juga digalar 'GP'...? slh kah mereka ingin mnjalankan tanggungjawab mereka sekarang wlopon sblum ini ia diabaikan..?? mereka sedar mereka bknlah seorang pemimpin yg memenuhi segala ciri kemahuan prebet....tapi mereka sdg berusaha mnjadi seorang pemimpin...berilah masa....mereka sebenarnya pn takot ingin mmegang pangkat tersebut kerana takot terabai tanggungjawab ....disebabkan minat dan keyakinan yg ada insyaallah segalanya seperti biasa......

    mereka juga mgharap kerjasama dr prebet semua..

    perkongsian

    26.4.11
    Subhanallah , sempurna sungguh ciptaan-NYA . keperibadian dan perwatakkannya amat baik dan cantik di pandangan mata ini .

    Itulah bisikkan hati ini ketika sedang khayal memikirkan 'pemimpin' diri ini suatu hari nanti .
    saat ini pula fikiran aku mula terbang mengingati status seorang senior :

    "Aq bkn lah seorang gadis yg cerewet dlm memilih pasangan hdup, siapalah diriku untk memilih permata sdgkan aq hanya lah sbtir pasir yg ada dimana2, TETAPI aq juga punya keingnan sprt wanita yg lain, dilamar lelaki yg bakal memimpinku ke ARAH yang satu yaitu SYURGA:)" 


    tiada yang lain yang diimpikan oleh seorang gadis yang waras fikirannya , hanya 1 iaitu iginkan seorang lelaki yang bakal memimpinnya ke arah yang satu iaitu syurga . 

    namun tiba-tiba hati aku tersentap . sentapan yang aku sendiri 'cipta' . aku bukan sesiapa jika ingin dibandingkan dengan  si dia . umpama langit dan bumi . aku tidak layak untuk lelaki yang seperti dia yang  elok keperibadiannya , namun begitu aku amat mengagumi dirinya yang punya karisma yang tersendiri . tapi apakan daya , cita-cita lebih d utamakan dan agama islam tidak membenarkan aku mendekati dirinya sebelum tiba masanya . selain itu , keredhaan dari-NYA lebih penting dari segala-galanya .

    buat sahabt-sahabta aku sama ada yang dikenali ataupun tidak , disini satu lagi kata-kata yang ingin aku kongsikan . 

    " sekiranya kita benar-benar sayangkan seseorang itu dan berkeinginan untuk menjadikan dia sebagai pasangan hidup ,  maka bantulah dia kejalan yang benar yang membawa ke syurga . "

    apa yang aku tulis ini adalah untuk menyedarkan diri sendiri dan untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat yang lain 


    tidak ku sangka....

    25.4.11
    thnx a lot MIE...GIE xsgka MIE bley rase mcm to....egt normal ja..huhu, uat masa skrg ny GIE xbley nk msg MIE lg...kdit dh lma xtpup neyh..mslh kewangan la..hehe,.. sory time MIE demam GIE xblz msg MIE..xde kdit...ap2 pn MIE dh sht un..? dh bley lari2 kejar kucing,..hahahax... enjoy ur day... =)

    Try This.. :)

    24.4.11
    http://mimijazman.blogspot.com/2011/04/karya-untuk-penyertaan-contest-tabik.html

    pingpong

    GIE ada perlawanan seringan(eja btol tah..?)...hmm...insyallah terpilih..kena doa banyak2...., GIE kena lawan ngn nusaibah..hehe, happening sgt td...kecoh mcm org main bola pn ada...huhu, NUOL blah balik dh...egt kan nk datang beri sokongan ka apa..,td pn ada uji bakat pidato utk ke MGB sim jga...kimie pnya semangat sgt psl merdeka...first time GIE dpt tgok kimie brpidato....zakiyah plark gaya debat la... nusai punya gelak td..cian kwn....hahahax, humaira' pn msok...ada gaya...hehe, so doa2 la yer shabat2 kita layak utk ke pringkat sekolah..insyaallah....

    mini garden by GIE n NUOL ;)

    22.4.11
    sangat cantek n simple....penat sangat td uat mini garden to... dh la NUOL n GIE ja yg ada ,... tapi ada jugak pertolongan dari hambali n hafizudin...,ofcoz la tenaga lelaki utk mengangkat benda berat..tambah plark pasu yg sangat besar kalah ank gajah... hehehex..., so nty spew2 free..nk g melawat mini garden hasil titik peluh GIE n NUOL..,dipersilakan,... =)

    sayang

    21.4.11
    cemburu itu tanda sayang , Alhamdulillah masih punya rasa cemburu yang terselit dihatimu sayang .

    tersenyum bibir ini tatakal membaca apa yang MIE sampaikan . berbunga setaman sudah hati ni rasanya . sebenarnya MIE dan NA sama2 punya perasaan cemburu 2 bila mengetahui munculnya NIDA . NIDA adalah NIDA . MIE adalah MIE . NA adalah NA . manja MIE , kepetahan NA becerita ta kan dapat diganti oleh orang lain .

    walaupun NIDA sahabat baru dlm MGNZ tapi dia belum punya id n pass fb n blog .

    Seandainya MIE , NA n GIE tidak keberatan , bolehkah NURUL bagi id n pass blog n fb pada NIDA ?

    p/s : nampak gayanya mlm ni bertanggal 22hb April nurul dpt tdo dgn nyenyak la even dlm keadaan yg selsema  :) SAYANG MGNZN :))

    salah paham....

    MIE... kwn baru kita namanya nida...dia merupakan kwn baru dn student baru di islah... nida xdk kwn utk brkongsi cerita dn mmahami dia..xslah kan klu MGNZ mmpunyai sahabat baru brsama brjihad....MIE dgn nida adalah insan yg sangat bebeza..sangat2 brBEZA... tiada istilah pengganti dlm MGNZ.... GIE,NUOL,ZANA...xpnah mlupakan MIE malah sntiasa mghidupkan MIMI FARAH didalam hati ,pelajaran...dn stiap masa... wlopn jarak memisahkan...hati sntiasa brsama.. =)

    Mimi Balik...

    19.4.11
    bertarikh 14 April yang lalu......Mimi balik ke kedah untuk ambil anugerah kecemerlangan. memang seronok dapat balik sekali sekala. lagipun,dalam masa yang sama,Mimi dah lama rindukan kawan-kawan. tambah lagi,Mimi ada benda nak diceritakan kepada GIE,NURUL dan NA.

    sebenarnya,GIE memang dah tahu yang MIE akan  balik. tapi,sengaja MIE cuba rahsiakan dari NURUL dan NA. mula-mula,MIE memang tak nak beritahu yang MIE akan balik. tiba-tiba,GIE cakap,kalau MIE tak balik,dia takkan pergi majlis anugerah tu. jadi,dengan terpaksanya,MIE pun mengaku yang MIE akan balik.

    orang pertama yang MIE jumpa adalah NA tapi secara tak sengaja,MIE lukakan hati NA. MIE mintak maaf sangat-sangat sebab apa yang berlaku bukan atas kehendak MIE. keadaan begitu mendesak sampaian MIE tak dapat mengelak.

    tak sangka perkara pertama yang MIE buat bila MIE sampai di kedah ni adalah melukakan hati NA,NURUL dan GIE. MIE sedang berusaha untuk menjadi lebih baik,malangnya,keadaan tak mengizinkan.

    macam mana pun,MIE bersyukur sangat-sangat sebab memiliki kawan-kawan yang baik hati yang sudi memaafkan MIE. MIE sempat bercerita dengan yang lain tentang sekolah baru. hm.. tak sikit yang MIE cerita. kisah terbaru MIE pun MIE ceritakan. semoga yang lain dapat mengambil iktibar.

    walaubagaimanapun,MIE tetap ada satu perasan pelik. pelik sebab itulah kali pertama MIE rasa macam tu. MIE rasa macam MIE dah diganti oleh orang baru. MIE tak ingatlah nama kawan baru kami tu. selama ni,MIE ingat tak ada orang dapat gantikan MIE. rupa-rupanya,tak. MIE dah pun diganti.

    agak sedih dan cemburu tapi MIE hadkan lah perasaan pelik tu. selagi GIE dan NURUL bahagia,MIE turut bersenang hati.

    huh.. tak sempat MIE nak ambil gambar dengan GIE dan NURUL pakai jubah graduate tu. dengan NA sempat. nanti MIE letakkan gambar tu kat galeri kita..ok?

    satu lagi,MIE sebenarnya ada hadiah untuk GIE,NURUL dan NA tapi malangnya hari tu MIE terlupa nak bagi. jadi,kita tangguhkan sebentarlah pemberian hadiah tu ye? nanti kita jumpa lagi,MIE bagi. :)

    semoga ALLAH terus melindungi ukhuwah kita.
    18.3.11
    entahla.. rase je.. sbb nurul macam nak marah je bunyinye..
    12.3.11
    tadi ana guna facebook mgnz.. banyak jugak komen-komen yang ana baca.. yang bagus tu..ALHAMDULILLAH.. tapi kan..kenapa ana rasa nurul macam sensitif sangat ni?? ala..biasalah tu.. mulut orang payah nak dikawal.. cuba untuk kawal emosi ok?? 

    ana pun betulkan beberapa statement yang tak betul dan tak berapa tepat yang diperkatakan tentang ana.. ingat ye..nama sekolah ana SHAMS.. nanti kalau orang tanya,cakap nama sekolah ni tau.. hehehe.. bangga de.. :) 
    11.3.11
    owh.. hehehe.. dah berjaya dah tukar template blog anti tu??
    yess .. nama pon gallery syg
    owh.. blog kite yg lg satu tu..blog gambar ek??
    insyaallah.. ana akan cuba..
    6.3.11
    luka ? boleh sembuh .. jadi untuk tidak melukakan hati insan yang kita sayang lagi janganlah menhajauhkan diri . tiada gunanya .. kalau benar sayang kita akan percaya ..
    contah : sayang Allah ? percaya Allah ? tanpa sedar , kita sebagai manusia telah buat banyak kesilapan dengan Allag tapi mengapa kita tidak memilih untuk jauh dari Allah ? think mimi ... think .. mudah sahaja ... kalau kita ta mahu luka an ati sahabat atau sesiapa sahaja , maka buatlah seperti keinginan mereka selagi tidak melanggar syarak dan selagi dirimu termampu dan juga selagi tidak medatang an darurat .

    rindu ~

    rindu sesangat kenangan masa kat kedai maksu .. ta ingat bila tp best sangat sbb kita jarang leyh kumpul sama2 .. warh .. na balik la pada masa 2 la .. tp sayang masa ta boleh d putar , nasib baek kenangan ta dapat di ubah ~
    4.3.11
    aku penat melukakan hati kalian.. aku bukanlah teman yang baik.. aku punya seribu cara untuk meenyakitkan hati kalian secara sedar atau tidak.. niat di hati ingin menjauh bukan kerana benci dan sebagainya namun,diri ini yang sering menyakitkan dan melukakan. jahat bagaimanapun manusia bernama mimi jazman ini,dia masih tidak mahu melukakan hati sesiapa. benar..aku letih melukakan hati manusia bergelar sahabat.
    hubungan = kita akan terima apa jua tindakan , perangai seseorang yang kita sayang itu dengan seadanya . cuma , cara menerima itu mungkin tidak semolek mana , namun cubaan itu ta pernah luntur .. jadi jangan cakap fasal ini lagi yea mimi farah
    18.2.11
    aku bukan kawan yang baik jadi lupakan sajalah manusia bernama mimi farah ini.. assalamualaikum..

    First Day Sekolah..

    7.2.11
    Tak larat nak taip panjang-panjang.. Sakit tangan coz menaip dari phone je.. Huhuhu.. Tengok kat blog ana je k..

    Selepas Sebulan Bercuti...

    31.1.11
    Akhirnya,ana dh dpt skolah.. Ana x dpt SHAMS.. Ana pegi SMKDSA.. Sekolah menengah biasa je.. Ana start skolah lpas cuti raya cina.. Sini,cuti raya cina seminggu.. Hehehe..

    Sudah beli...

    26.1.11
    kami dah beli C3.. satu famili pakai C3 la ni.. baba dgn ana pky kaler gold.. mama kaler black.. adik kaler pink.. hehehe.. satu famili terus tukar phone.. puas hati.. hehehe..

    Naik...

    21.1.11
    my berat badan naik lagi.. kalau korang tengok pun dapat cam yang ana dh tembam sikit.. almaklumlah,belum masuk sekolah lagi..menganggur di rumah maka inilah yg terjadi.. kerja makan tido je.. huhu.. minggu depan kot baru start sekolah.. lambat betul..

    ok.. utk trunkan berat badan,rasanya ana kena krang mkn sikit kot.. sejak kebelakangan ni,asyik makan je.. kdg2 tu x stop pun ade.. huh!! kurangkan tido.. ni x..asyik tido je memanjang.. melampau betul.. kena naik turun tangga lebih sikit kot..

    doaknla ana berjaya.. kalau x..ana xmau balik kedah bulan 5 nnt sbb chubby.. malu.. hehehe..

    may ALLAH bless u all..

    fb 4 mgnz maaa~

    14.1.11
    hohohohohoho
    da fb utk mgnz , klau na add ..
    search la kami mgnz ... ok ?
    then attend group 2e18 ...
    hahahaha
    promosi sungguh2 ni

    happy betul

    13.1.11
    sabtu hari yg d nanti2
    sbb apa ? sbb sabtu ni na kuar ngn na n gie
    seronok sgt !!! rindu na sebenarnya ...
    mie pla ? rindu juga , cuma belum punya rezeki utk ketemu lg ..sabar aja la ...
    8.1.11
    gambar tahun 2010 yg paling cun !!!!!!!!

    ngeee!!!

    meow!!!!!!
    semalam teman gie p beli handphone baru ....
    banyak kedai yg kami jelajah .. sakit kaki ni ta yah cerita la , last2 gie beli handphone g5 classic ..
    lawa .. wana merah putih ... nuol un da beli handphone baru jga .. tp da agak lma pkai la ... blueberry - style ...
    wana merah putih ... sama ngn gie ... kimia an kami ? Alhamdullilah , sekarang kami bila dlm kelas more cocentrate , ta macam dulu , keja gelak + sembang ja ... huhuhuhu . kami la ni dok tunggu keputusan dari irsyad , maybe bln 2 ni tw la kptsn ... kalau dpt kami dok asrama , so maybe zana n mie aje la yg akn menulis d blog ni .. ug psai handphone 2 , nnti snap pic msok blog ... hahahahahahaha

    Hari Pertama Sekolah..

    3.1.11
    hari ni,ana tak start lagi sekolah sebab ana kan pelajar pertukaran so lambat sikitlah masuk sekolah. 15 hari bulan kot.

    tadi,gie ada hantar mesej tanya pasal sekolah. hehehe.. sorry gie,ana tak masuk sekolah lagi pun. baju sekolah pun belum beli lagi. hehehe.. sorry. zanariah pun sama.

    gie dengan nuol stay kat islah je. zanariah pulak ke daris. memanglah daris tu agak daif tapi zanariah nak pergi situ bersebab. bukan saja-saja dia nak pergi sekolah tu. ikutkan hati,dia memang nak pergi islah je. tapi,nak buat macam mana,ALLAH tak izinkan lagi. hari ni,zanariah cerita pasal sekolah dia. sedihlah jugak dengar cerita dia tu. dia pun kata teringin nak balik islah tapi ana tak maulah dia berputus asa lagi. nak jugak dia try dulu sekolah tu. manalah tau ada benda baik kat situ yang dia boleh ambil. macam mana pun,zanariah dah ada kawan. lupalah pulak nak tanya nama kawan dia tu apa. hehehe.. doakan yang terbaik untuk zanariah ok?? may ALLAH bless us.

    gie pulak bukak cerita pasal form4 kat smai. huh.. dengar cerita macam padat je kelas tu. hm.. tak pa la. aliran lain-lain. ahmad 8A..anas 7A.. zakiyah dan nusaibah masih di islah. yang tak ada,asmira,farah,faiq,dijah. itu je la yang orang ni ingat. gie pun bagitau sikit je. macam mana pun,all the best ok??

    =,=""

    1.1.11
    kehidupan tak mudah seprti yang disangka , atas apa aku berkata sedemikian ? atas dasar pengalaman yang pernah aku alami . atas dasar pengalaman yang rakan2 sejawat aku pernah alami . Pengalaman yang banyak mengajar diri kami untuk menjadi lebih matang untuk menghadapi sesuatu masalah yang akan datang dikemudian hari . untuk apa kali ni aku menulis disini ? sekdar untuk memberitahu pada pembaca bahawa tiap masalah pasti punya jalan keluar , cuma lambat atau cepat sahaja . yang pastinya semasa menyelesaikan masalah hendaklah dalam berfikiran yang waras .