• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Entahlah...

    25.5.11
    study memanglah banyak.. tapi tak tahulah keputusannya macam mana..

    exam...exam...exam...

    21.5.11
    mcm mna result KAMI nty...?adakah memuaskan...? MIE plg rajin study.....xon9 langsung time exam ni.....bgoz3... ^^ , GIE....hmmm on9 sakan ja.....apa nk jdek,,? time nk jwb baru gelabah soalan susah..heee biasa la..., NURUL, on9 skan gk...study nya lbey cket dr GIE...ahahax... alhamdulillah...ZANA pla on9 jga....study pn rajin....sama2 menunggu result cmna k.... haha... orang yg study lbey dpt la lbey...org yg study cket dpt cket ja.. ngee~

    dengarlah wahai sahabat .

    2.5.11
    sekiranya diri ini mampu tidak dilihat oleh semua , pasti segalanya telah terucap tika ini . Ingin sekali hati ini menjerit namun pasti tiada siapa yang dapat medengar jeritan itu . Air mataku ini tidak termampu aku mengalirkannya . Sekiranya hati ini boleh berkata-kata pastinya segala hal tidak menjadi sebegitu rumit . Banyak hal yang ingin aku perkatakan namun mengapa aku tak punya kekuatan untuk mengucapkannya ? Oleh sebab itu , aku mengambil keputusan untuk mencoretkan segalanya disini .

    Entah mengapa hati ini berasa seperti punya sesuatu yang belum terlaksana dan 'tidak cukup' . Ada juga rasa sakit seolah luka lama di guris dan disimbah dengan cuka . Pemikiran aku kini begitu 'semak' dengan pelbagai hal .

        Pemeriksaan pertengahan tahun makin hampir , namun banyak lagi pelajaran yang belum aku dapat fahami . Entah bagaimana aku akan menempuh pemeriksaan itu nanti . Benar , sebelum ini aku mabil endah tidak endah namun tidak untuk kali ini . 5A ketika PMR yang lalu sudah tiada maknanya lagi . Kejayaan yang aku peroleh ketika itu lebih banyak berkat doa orang-orang yang sayangkan diri ini berbanding usahaku sendiri .   

        Setiap insan punya nafsu dan keinginan . Tiada siapa yang mampu menyangkal itu . Aku juga seperti manusia yang lain . Namun , aku lebih memerlukan keredhaan-NYA . Aku yakin Allah telah menentukan jodoh semua hambanya sejak azali lagi , oleh itu aku perlu kuat melawan segala nafsu dan godaan-godaan yang mendatang . Aku juga perlu belajar untuk 'setia' kepada bakal suamiku . Hanya satu harapanku untuk hal yang ini , semoga 'dia' yang aku inginkan akan menjadi peneraju bahtera yang bakal terbina . Sekiranya bukan dirinya sekali biarlah yang seumpamnya . Aku benar-benar maksudkanya .

        Entah mengapa aku berasakan seperti antara kami punya jurang kini . jurang yang entah bagaimana terbina . Adakah disebabkan sikap aku sendiri ?? kini hanya kami bedua di sekolah itu . hendak dikatakan kehadiran Dauratun Nida menyebabkan jurang ini terbina . Perkara itu adalah tidak mungkin . Mungkin hati ini yang terlalu mencumburui keakraban mereka . Wajarkah aku punya perasaan sebegitu ? Semoga Allah mengekalkan persahabatan kami berempat ini walau apa jua yang bakal berlaku selepas ini .

    **hanya punya satu jalan untuk menghangatkan hubungan persahabatan kita ini dan marakkan api rindu di hati kita , iaitu dengan cara memngimbau kenangan-kenangan kita bersama .

    aneh......

    27.4.11
    betul ka orang yg ada pangkat akn digelar 'gila pangkat'..?? hmmm....,betul ka pangkat sarjen,staf sarjen,pgawai waran yg garang dlm krsm akn juga digalar 'GP'...? slh kah mereka ingin mnjalankan tanggungjawab mereka sekarang wlopon sblum ini ia diabaikan..?? mereka sedar mereka bknlah seorang pemimpin yg memenuhi segala ciri kemahuan prebet....tapi mereka sdg berusaha mnjadi seorang pemimpin...berilah masa....mereka sebenarnya pn takot ingin mmegang pangkat tersebut kerana takot terabai tanggungjawab ....disebabkan minat dan keyakinan yg ada insyaallah segalanya seperti biasa......

    mereka juga mgharap kerjasama dr prebet semua..
    betul ka orang yg ada pangkat akn digelar 'gila pangkat'..?? hmmm....,betul ka pangkat sarjen,staf sarjen,pgawai waran yg garang dlm krsm akn juga digalar 'GP'...? slh kah mereka ingin mnjalankan tanggungjawab mereka sekarang wlopon sblum ini ia diabaikan..?? mereka sedar mereka bknlah seorang pemimpin yg memenuhi segala ciri kemahuan prebet....tapi mereka sdg berusaha mnjadi seorang pemimpin...berilah masa....mereka sebenarnya pn takot ingin mmegang pangkat tersebut kerana takot terabai tanggungjawab ....disebabkan minat dan keyakinan yg ada insyaallah segalanya seperti biasa......

    mereka juga mgharap kerjasama dr prebet semua..

    perkongsian

    26.4.11
    Subhanallah , sempurna sungguh ciptaan-NYA . keperibadian dan perwatakkannya amat baik dan cantik di pandangan mata ini .

    Itulah bisikkan hati ini ketika sedang khayal memikirkan 'pemimpin' diri ini suatu hari nanti .
    saat ini pula fikiran aku mula terbang mengingati status seorang senior :

    "Aq bkn lah seorang gadis yg cerewet dlm memilih pasangan hdup, siapalah diriku untk memilih permata sdgkan aq hanya lah sbtir pasir yg ada dimana2, TETAPI aq juga punya keingnan sprt wanita yg lain, dilamar lelaki yg bakal memimpinku ke ARAH yang satu yaitu SYURGA:)" 


    tiada yang lain yang diimpikan oleh seorang gadis yang waras fikirannya , hanya 1 iaitu iginkan seorang lelaki yang bakal memimpinnya ke arah yang satu iaitu syurga . 

    namun tiba-tiba hati aku tersentap . sentapan yang aku sendiri 'cipta' . aku bukan sesiapa jika ingin dibandingkan dengan  si dia . umpama langit dan bumi . aku tidak layak untuk lelaki yang seperti dia yang  elok keperibadiannya , namun begitu aku amat mengagumi dirinya yang punya karisma yang tersendiri . tapi apakan daya , cita-cita lebih d utamakan dan agama islam tidak membenarkan aku mendekati dirinya sebelum tiba masanya . selain itu , keredhaan dari-NYA lebih penting dari segala-galanya .

    buat sahabt-sahabta aku sama ada yang dikenali ataupun tidak , disini satu lagi kata-kata yang ingin aku kongsikan . 

    " sekiranya kita benar-benar sayangkan seseorang itu dan berkeinginan untuk menjadikan dia sebagai pasangan hidup ,  maka bantulah dia kejalan yang benar yang membawa ke syurga . "

    apa yang aku tulis ini adalah untuk menyedarkan diri sendiri dan untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat yang lain