• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Nasi Ayam Gie simple !

    3.2.13

    Salam XD . Festaiem nih G masak nasi ayam . HAHA . Habis tak dak idea dah nak masal lauk apa. So try hat nih pulakk. Mudah utk sapa-sapa sja yg nak masak . 

      Mula-mula rebus ja semua ayam. Campak ja dalam periuk bersama air. sebab nak ambil Air rebusan ayam utk masak nasi nanti :)

    Untuk nasi:
    3 cawan beras
    5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    1 inci halia - ditumbuk
    Garam
    1 sudu besar majerin
    1 sudu besar minyak masak

    Cara penyediaan:
    1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
    2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
    3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
    4. Tanak hingga masak.

    *Resepi yg sebenar menggunakan lemak/kulit ayam tapi G tak guna.

    Untuk sup:
    Air rebusan ayam
    Daun sup ~ dihiris

    Cara penyediaan:
    ~ Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

    Untuk sos cili:
    10 biji cili merah
    1 inci halia
    2 ulas bawang putih
    1 sudu besar gula
    Garam
    2 sudu besar jus limau nipis
    1/2 botol sos thai

    Cara penyediaan:
    1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
    2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.

    Untuk sos kicap:
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tomato
    3 sudu besar kicap manis
    5 sudu besar air rebusan ayam
    1 sudu besar gula

    Cara penyediaan:
    Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

    Untuk ayam. Ambil ayam yg direbus mula2 tuh. rebus sat ja ayam utk digoreng . nak goreng ayam tuh campor ngn garam,kicap,sostiram and goreng sampai masak. 

    *resepi ni cilok dr web orang hehe. Kalau tuan punya badan terbaca harap maap. Ilmu harus dikongsi. TRIMAS :D



    3 comments:

    1. hafiz ariff said...:

      mcm xsodap je..hehe :p

    1. Mimi Jazman said...:

      gie pun belajar masak melalui blog eh?? hehe.. anyway..ilmu yg bermanfaat.. :)

    1. kami mgnz said...:

      sedap ke tak sedap kita makan ja. huhu. haa. belajar kt blog :)