• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kata-Kata By Ustaz Azhar Idrus

    3.12.12
    Salam. G ambil kata2 ustaz Azhar dr twitter :) follow me at https://twitter.com/HudaGie :

    #UAI
    *S: Ada 3 awek cantik, baik & solehah suka pd sy. Kalau ust jd sy, apa ust buat? J: Btul ke perasan je ni? Kalau btul, sy nikah tiga2 sekali.

    *Isteri nk handbag kmu tk beli. Isteri nk duit RM600 kmu beri RM60. Lpas tu ada hati nk khwin dua. Inilah lelaki yg "lebih sudu dari kuah".

    *Tiada abang angkat atau adik angkat dalam islam.

    *Wudhuk yang mengalir di badan kita adalah seharum ibadah.

    *Nak jadi engineer kena belajar 4 tahun sanggup tapi nak belajar mandi mayat 15minit pun kata tak ada masa.

    *Jangan menanti pada yang tak sudi. Jangan menunggu pada yang tak mahu.

    *Orang yang tak mahu ikut perintah agama, test dulu dengan api dunia sebelum kena api neraka yang sebenarnya.

    *S: Boleh tak kalau kita makan telur penyu? J: Tak boleh kalau kita tak ada duit.

    *Kalau kita mimpi orang tu tak semestinya dia jodoh kita.

    *2-4-4-3-4 inilah modal kita untuk berhadapan dengan Allah SWT kelak.

    *Kamu Mat Rock ke, Mat Rempit ke, budak Shuffle ke, bawa basikal Fixie ke, yang penting ada iman dalam hati.

    *Tak payah sibuk nak sambut perayaan orang kafir: April Fool, Mothers Day, Halloween. Sambutlah perayaan kita, Aidiladha & Aidilfitri.

    *3 perkara yang buatkan semua orang benci kita adalah suka berdalih, tak boleh ditegur dan keras kepala.

    *Luahlah perasaan pada Allah bukan pada Facebook atau Twitter.

    *Tidur itu mati sementara. Mati itu tidur selamanya.

    *Kalau ada orang yang tak suka kita walaupun kita jaga akhlak dan perbuatan, maka berserahlah kepada ketentuan Allah.

    *Siapa yang yakin dengan segulung ijazah dapat menjamin masa depan, imannya telah rosak.

    *Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

    *Dalam masa 1 minit, kamu boleh baca surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali. Ganjarannya seperti khatam Al-Quran tiga kali.

    *Telan air liur itu sunat. Yang membatalkan puasa ialah kita keluarkan air liur, kumpul dalam gelas lepas itu minum.

    (banyak lagi tp ini ja yg mampu buat masa ni. terlalu luas dakwah dpt disebarkan,harap mengambil sbg pengajaran atau ilmu tambahan dlm diri kita . follow https://twitter.com/ustazharidrus )