• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • makhluk yg d panggil manusia

    7.11.11
    Dia cantik…                                                                                      
    Matanya bundar…                                                                                                         
    Matanya begitu galak memerhatikan alam…              
    Kulitnya halus…                                                                           
    Hidungnya elok terletak…                                                 
    Bibirnya mugil…
    Badanya tinggi lampai…
    Indah sungguh ciptaan-Nya…

    Dia kacak…
    Hidungnnya mancung….
     Bibirnya kemerahan menunjukkan dia bukan perokok
    Bandannya tinggi bagaikan seorang modal…
     Sungguh sempurna ciptaan-Nya

    Dia hebat…
    Kerana sesiapa yang memandangnya pasti akan terpesona…
    Dia hebat…
    Kerana suka membantu orang yang dalam kesusahan…
    Dia hebat…
    Kerana mempunyai banyak harta…
    Dia hebat…
    Kerana dia seorang yang bijak…
    Dia begitu hebat…
    Hebatnya dia kerana hebatnya yang mencipta dirinya…

    Namun apa guna kecantikan seseorang jika…
    Tiada budi pekertinya…
    Apa ertinya kekacakan seseorang jika…
    Tidak tahu menghormati orang lain…
    Apa maknanya persona yang ada pada dirinya jika…
     Tidak mahu menjaga dan memeliharanya…
    Apa ertinya suka membantu orang jika….
    Niatnya hanya untuk menunjuk-nunjuk…
    Apa guna harta yang dimilikinya jika…
    Tidak mahu dilaburkan kejalan yang benar…
    Apa maknanya kebijaksanaan yang dia ada jika…
    Tidak menggunakannya dengan baik…

    Allah sebaik-baik pencipta…
    Dia Maha mengetahui kelemahan dan kelebihan makhluk yang dicipta-Nya…
    Andaikan anda mencipta sesuatu bahan…
    Pastinya anda ketahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada bahan ciptaan anda…

    Dunia ini umpama pentas lakonan…
    Semua yang ada di atas dunia ini merupakan pelakon…
    Tak perlu skrip…
    Ada dikalangan kita tak tahu mengapa dia bertindak sedemikian…
    Ini menunjukkan orang ini tidak punya pegangan hidup yang kukuh…
    Ada juga diantara kita bertindak berdasarkan kata nafsu tanpa memikirkan padah di kemudian hari…
    Kadang kala juga tindakkan kita berdasarkan kata hati tanpa mempertimbangkan baik buruk yang bakal memberi impak atas diri kita…
    Kekadang juga tindakkan kita berdasarkan akal , namun itu belum mencukupi jika kita tidak punya panduan yang kukuh dari al-Quran dan as-Sunah…
    Sesungguhnya orang yang menzalimi dirinya sendiri adalah orang yang tidak mahu cuba untuk berubah walaupun seinci…
    Kerana apa?
    Baginya ‘mengapa aku harus jadi orang lain?ini adalah diri aku…aku tak suka hipokrit’
    Kerana apa?
    Baginya ‘ala…pintu hati aku ni belum terbuka lagi nak terima hidayah’
    Kerana apa?
    Baginya ‘ hidup sebagai orang muda ni sekali sahaja , nanti la bila dah bersedia aku bertaubatla ‘

    Anda bijak...
    Anda pasti tahu mengapa anda dicipta…
    Untuk apa anda di dunia ini…
    Dan kemana arah tuju anda…
    Namun kekadang kita lalai dengan panorama hiasan plastik dunia…
    Jangan hanya merenung kemudian mengamalkannya hanya sebagai adat dalam hidup anda…

    Konklusinya anda sendiri boleh buat…
    Luangkan masa selama satu minit untuk diri anda…
    Tanya adakah anda menzalimi diri anda?
    The answer is in your heart…
    If you are not sincere when ask your self…
    You cant get the answer…

    **banyak-banyakanlah luangkan diri anda bersama rohani anda
    Kerana apa??
    Kerana itu adalah satu cara untuk mengetahui bahawa samada anda yang menguasai diri anda atau anda dikuasai oleh nafsu anda**

    0 comments: