• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kehilangan Cinta...

    19.12.10
    ini kisah ana kehilangan cinta
    yang pasti,hanya ana yang rasa kehilangan
    kerana ana yakin DIA setia bersama ana
    cuma ana yang tidak setia
    ana curang padaNYA

    ana sendiri tidak pasti,mengapa ana merasa begini
    namun ana merasa bersalah kerana ana lupa padaNYA
    ana boleh dikategorikan sebagai manusia tidak tahu malu yang angkuh

    kenapa??
    kerana ana tidak bersyukur denganNYA

    sebenarnya adanya DIA,sudah mencukupi
    buat apa mengharap pada yang belum pasti

    hati ana penuh dilema
    kadang-kadang hati merintih,begitu tamak inginkan semuanya berjalan baik

    mana mungkin itu berlaku??
    ana tak boleh minta terlepas dari dugaan
    nanti ana lupa pada DIA,DIA juga mungkin lupa pada ana

    ana nak DIA selalu
    ana nak ingat DIA selalu

    tapi kadang-kadang ana terlupa
    mungkin ana selalu lupa pada DIA
    kasihkah lagi DIA pada ana?
    sayangkah lagi DIA pada ana?

    ana tak sanggup kehilangan cintaNYA
    kerana ana tak mungkin bergerak sendiri tanpaNYA

    masihkah ana mampu bergerak di bumi ini tanpa DIA??
    ALLAH..ana tak mahu kehilangan cintaMU..ana tak sanggup..

    1 comments:

    1. np said...:

      Dia tidak akan melupakan dirimu mie..
      Kita ini yg selalu melupai Dia ...
      Kita lalai dgn apa yg terbentang dihapadan mata kita kini ...
      mie ,
      hilangnya cinta itu bukan disebabkan oleh sesiapa ..
      kita sendiri yg menyebabkan hilangnya cinta yg begitu suci ...